
Gamat eMas Pak Andak
Hubungi kami untuk mendapat perkhidmatan: 019 208.0890
rundingcara percuma ke tempat anda.

Bersama Menjaga Kesihatan
Berpunca Diabetes

Apa itu gamat
Kajian Gamat
Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Namun begitu, terdapat lagi individu yang masih keliru membezakan antara Gamat dan Timun Laut. Gamat merupakan famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens Selenka melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii).
Gamat berbentuk silinder dengan leper pada bahagian dorso-ventral, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya).
Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim (kini Konsultan Gamat Emas Sdn Bhd) telah mempelopori penyelidikan Timun Laut di Malaysia bermula sejak tahun 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dengan kerjasama Ko-Nelayan Sabah dan beberapa agensi berkaitan. Rentetan daripada ini, beberapa kumpulan penyelidik dari universiti tempatan muncul dengan kajian-kajian tentang Gamat dan Timun Laut. Masih bertapak teguh, Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim kini adalah merupakan penyelidik utama mengenai pembiakan Timun Laut di bawah Geran TechnoFund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan beliau sedang berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang. Sebelum ini Prof. Dr. Ridzwan juga pernah mengetuai Geran IRPA RMK ke 7 mengenai Timun Laut di perairan Malaysia di bawah Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTE).
Selain daripada itu kepakaran beliau telah digunakan untuk pembikinan dokumentari mengenai gamat dan timun laut oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta termasuk Filem Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, beberapa program RTM dan TV3.
Hampir kesemua akhbar Malaysia telah memetik atau menulis mengenai kajian Prof. Dr. Ridzwan mengenai Gamat juga Timun Laut. Prof. Dr. Ridzwan kini masih aktif membimbing pelajar PhD dan Master termasuk dari luar negara. Setakat ini beliau telah menghasilkan 4 buah buku mengenai Timun Laut dan sumber makanan laut.
Hasil penyelidikan beliau dan rakan-rakan mendapati “Gamat Emas” kaya dengan kandungan protein melebihi 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2% lemak kasar.
Lebih memberangsangkan “Gamat Emas” turut mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berkhasiat antaranya asid amino dan asid lemak perlu, vitamin, mineral dan sebagainya. “Gamat Emas” sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran.
Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.
Menyedari hakikat kebaikan Gamat yang terlalu luas dan universal maka kami di GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama ‘eMas’ khusus untuk anda!
Sumber: http://www.gamatemas.com.my
Penyelidik Gamat Emas:
Prof Dr. Ridzwan Hashim
Profesor Dr. Haji Ridzwan Haji Hashim P.M.K dilahirkan pada 3 Mei 1951 di Nipah Bachok, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada tahun 1969 dan di peringkat Diploma dalam bidang Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya, Serdang pada tahun 1969. Beliau memperoleh Ijazah Pertama dari Louisiana State University pada tahun 1974 dan seterusnya Ijazah Sarjana dari University of Arkansas, USA (1975-1976) dan kembali berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam bidang Fisiologi dan Farmakologi di Universiti Of Strathclyde dan dianugerahkan Doktor Falsafah di universiti yang sama pada tahun 1982. Namun, sumbangan beliau yang paling penting serta penuh bermakna kepada rakyat Malaysia dan pembangunan ekonomi negara ialah di dalam penyelidikan tentang Timun Laut dan Gamat yang telah bermula seawal tahun 1983. Penemuan Gamat Emas (Stichopus hermanii) iaitu antara spesies terbaik gamat adalah salah satu penemuan penting yang pernah dikemukakan oleh beliau sepanjang penyelidikan tersebut.
Prof. Dr. Ridzwan Hashim kini bertugas sebagai Dekan di Kulliyyah of Science, di Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Kuantan, Pahang. Sebagai penyelidik, pensyarah dan penyelia pelajar-pelajar peringkat Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda, beliau juga merupakan penulis pelbagai buku dan makalah-makalah serta jurnal-jurnal ilmiah. Sungguh membanggakan, hasil kajian beliau yang dimuatkan dalam buku Sumber Makanan Persisiran Laut Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993 sehingga kini menjadi rujukan utama para penyelidik dan individu yang terlibat dalam kajian kehidupan laut di Malaysia.
Prof. Dr. Ridzwan yang sering diundang membentangkan kertas-kertas penyelidikan ke persidangan-persidangan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa juga sering ke udara dalam program TV3 dan RTM seperti Rancangan Bincang Petang, beberapa dokumentari, serta akhbar utama tempatan dan majalah, selain sering dirujuk sebagai penasihat pembikinan dan penggambaran dokumentari tentang Gamat dan Timun Laut di Malaysia.Di atas komitmen yang tidak berbelah bagi dan minat yang cukup mendalam dalam kehidupan laut dan penyelidikan marin, Prof. Dr. Ridzwan Hashim telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sekumpulan penyelidik dengan bantuan geran IRPA (Kementerian Sains dan Teknologi-1997). Hasil kajian beliau mengenai penghasilan Gamat di dalam sangkar khas telah menerima pengiktirafan dalam The Malaysian Book of Record, Edisi New Millenium 2000 sehingga diiktiraf sebagai penternak timun laut pertama di Malaysia.
Sumber: www.gamatemas.com.my
Kelebihan Gamat
Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu.Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang didapati berkesan dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus Sticophus atau lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.
Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior.Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil.Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai Kuvier.
Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.
Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti baha-bahan bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan Hashim (PMK).
Analisa keatas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen-komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink.Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang kan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.
Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang kan kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit.
Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan :
1. untuk meningakatan kesihatan badan,
2. mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
3. mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot,
4. menghindari masaalah alahan dan lelah,
5. melawan radang dan meredakan bengkak,
6. melancarkan pengaliran darah,
7. memulihkan sistem peranakan selepas bersalin,
8. masaalah resdung, buasir dalam dan luar,
9. mencantikkan kulit dan awet muda,
10. meningkatkan metabolisma dan membantu masaalah keletihan,
11. menghindari sembelit dan masaalah buasir, menguatkan tenaga batin,
12. melegakan migrain
13. mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain lagi.
Menyedari hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi Akar Ginseng, maka GESB (Gamat eMAS sdn bhd) berganding bahu dengan UKM dan SIRIM Berhad memformulasikan produk-produk Gamat dibawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama èMas khusus untuk anda!MANUAL PENYAKIT & RAWATAN BERASASKAN GAMATPengenalanRawatan Alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas untuk diperhalusi.
Gamat, antaranya merupakan satu produk alternatif tradisional yang telah digunakan sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat yang busuk baunya itu telah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sehingga kini masih lagi digunakan secara meluas walaupun bau air masih tetap busuk. Kenapa? Ini disebabkan masyarakat kita sememangnya mempercayai dan memperakui bahawa air gamat itu berkesan dari segi rawatan dan penyembuhan.Perkembangan teknologi moden kini telah menular mempengaruhi produk-produk tradisional.
Syarikat Gamat eMas Sdn Bhd. tidak ketinggalan bagi memainkan peranan untuk memertabatkan produk kebanggaan kita. Gamat eMas menjanjikan satu kelainan pada produk gamat yang dipasarkannya. Inisiatif untuk menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan dan SIRIM Bhd. merupakan langkah kami untuk memastikan keberkesanan pada formulasi dan kualiti pada produk kami.Mungkin timbul persoalan mengapa pihak syarikat memilih gamat untuk diketengahkan kerana terlalu banyak produk gamat sekarang di pasaran.
Kami di Gamat eMas sentiasa menitikberatkan ketulinan ekstrak gamat yang diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Variegatus agar keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan kajian (R & D) yang dijalankan dari masa ke semasa, kewibawaan produk di bawah jenama eMas pasti tidak akan tercabar.
Keunggulan tanpa keraguan akan dijadikan tonggak kepada semua produk yang dihasilkan oleh Gamat eMas Sdn Bhd. Dan kami percaya gamat merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai terapeutik universal yang terlalu berharga untuk tidak dikongsikan bersama dengan para pengguna sekelian.
PERINGATAN PENTING
Penyelidikan tentang Gamat telah di jalankan sejak tahun 1983 lagi dipelopori oleh Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim dari UKM. Manual ini di ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian makmal dan testimonial yang didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan penggunaan produk Gamat eMas sementara menunggu data-data klinikal yang lebih terperinci di masa hadapan. Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam mengikhtiarkan Rawatan Alternatif berasaskan Gamat.Penulis tidak menjanjikan jaminan kepada syor yang diberi kerana setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt kita bertawakkal.
*WallahuAlam..Sumbangan oleh :
Dr Syid Ayob bin Syid Mustafa AlqudriMD V.U.B (Brussels, Belgium)
Sumber: http://noorliah.blogspot.com