
Gamat eMas Pak Andak
​Hubungi kami untuk mendapat perkhidmatan: 019 208.0890
rundingcara percuma ke tempat anda.

Bersama Menjaga Kesihatan
Berpunca Diabetes


Maksud Hadis: Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu, dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan. (Riwayat Abu Daud)
Kongsi pengalaman
Pak Andak semasa kena diabetes....
Apa itu gamat dan kenapa?
Izinkan Pak Andak kongsi pengalaman. Di atas tu gambar ibu jari kaki kiri luka akibat diabetis. Pernah berubat ke klinik tetapi dinasihatkan ke hospital. Pak Andak enggan kerana masalak anak-anak yang sekolah, kalau ke hospital tentu kena tahan lama. Pak Andak tawakkal dan mencari ikhtiar lain. Alhamdulillah, ada seorang kawan mencadangkan berubat dengan gamat. Seminggu pertama mengamalkan gamat telah mula menampakkan perubahan.
Inilah gambar-gambar semasa mula-mula pada minggu pertama. Punca pakai kasut ketat dan tak sedar pecah menyebabkan luka, berair dan menananah. Tapi tak ada rasa sakit. Mungkin saraf dah mula mati. Agak berbau juga. Pak Andak terus ke klinik swasta. Dr. cuci dan nasihatkan ke hospital. Maaf Pak Andak ni jenis takut ke hospital, khusus bagi kes macam ni. Sebab bila kena tahan di hospital, Pak Andak tak mau menyusahkan orang lain. Takut kalau-kalau dipotong dan agak terbatas pergerakan untuk solat (memang boleh ganti dengan tayammum) bagi anggota wudhuk yang tak boleh kena air.
Pak Andak tawakkal. Apakak ikhitiar lain. Itulah nak jadikan sebab, ada kawan telefon yang tahu dan mencadangkan gamat. Pak Andak pun hubungi no telefon yang diberi. Orang itu datang membawa dua (2) produk ini.
PATI GAMAT PLUS BIOSEED
Untuk mengetahui bagaima cara dan sukatan memakannya bolehlah membaca di ruang sebelah kanan halaman ini.
Setelah mengamalkan selama seminggu, inilah perubahannya. Alhamdulillah, dengan izinNya jua.
Apabila masuk akhir minggu kedua, Pak Andak dapat merasakan perubahan yang semakin ketara dimana saraf telah mula terkesan. Alhamdulillah. Berikut ini gambar yang sempat dirakam.
Gambar di bawah ini pula, proses pemulihan memasuki akhir minggu ketiga.
Dan ini gambat memasuki akhir minggu ke empat;
Alhamdulillah setelah hampir sebulan, berkat mengamalkan kedua-dua produk gamat di atas, dengan izin Allah SWT jua, sekarang saya boleh pakai kasut seperti biasa dan semakin pulih. Kadar bacaan gula dalam darah juga semakin normal antara 6 ke 8.
Jadi banyak penagalaman yang ingin dikongsi bersama, antaranya;
1. Penyakit diabetes ini amat berkait rapat dengan kandungan gula dalam darah. Bagi Pak Andak dalam tempoh tersebut boleh kata setiap dua (2) hari Pak Andak buat pemeriksaan berapakah kandungan bacaan gula dalam darah dengan membandingkan perbezaan dalam pemilihan makan pada setiap hari itu. Yang pasti nampaknya makanan berminyak adalah antara faktor yang begitu cepat menaikan paras gula dalam darah.
2. Kesan lain hasil pengamalan gamat ini , badan semakin susut, tiada lagi rasa mengantuk dan kurang bermaya. Mungkin kesan gamat yang mula memperbaiki tisu sel dalam badan.
3. Selain itu, kalau dulu setiap pagi selepas mandi atau mengambil wudhuk akan batuk-batuk yang berpanjangan, tetapi alhamdulillah kini batuk-batuk telah tiada.
4. Badan pun terasa semakin bertenaga. Benarlah bahawa penyakit berpunca dari cara pengambilan makanan yang tidak sesuai/tidak seimbang. Terutama apabila usia semakin meningkat. Patutlah kerajaan mengurangkan subsidi gula. Bagaimanapun kita sebagai pengguna harus bijak dan terus menjaga kesihatan. Wallhu aklam.
Cara Pak Andak berubat diabetes di rumah
Selama ini kita hampir terlupa dimana sejak 300 tahun dahulu, Allah SWT telah menganugerahkan gamat dari sumber khazanah alam Nusantatara. Gamat dengan alam Melayu terpisah tiada. Gamat menjadi salah satu sumber dalam pengubatan. Ini seiring kemajuan dalam penyelidikan perubatan.
Pada pandangan Pak Andak kalau kita Google, banyak kita temui maklumat berkaitan gamat dan begitu sinonim dengan Langkawi. Memang diakui di situ melalui testimoni berkaitan kesembuhan yang dapat diubati menggunakan unsur gamat ini. Banyak jenama gamat di Langkawi. Silalah guna mengikut kesesuaian kerana masing-masing produk yang dihasilkan ada kelebihan tersendiri.
Apa pun yang penting, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana di alam Nusantara ini Allah anugerahkan kesembuhan (ubat) melalui penggunaan unsur gamat yang mungkin Allah sahaja Yang Maha Mengetahui bahawa penduduk di sini dikelililngi oleh lautan dan gamat sesuai untuk penduduknya. Berbeza dengan negara China, terkenal melalui cara pengubatan seng seynya. Begitu juga Korea, India dan di Timur Tengah. sebab itu Pak Andak teringat pada maksud hadis yang menyebut, Allah menciptakan penyakit dan Allah jua yang menyediakan ubatnya.
Jadi, Pak Andak rasa pengubatan diabetes melalui penggunaan gamat sebagai salah satu pilihan di zaman moden ini bolehlah diusahakan insya allah untuk jadikan sebagai kesembuhan terutama kalau mengikut pengalaman Pak Andak ialah penyakit diabetes.
PRODUK YANG PERLU ADA
1. Pati Gamat Plus - makan dua (2) sudu pagi dan malam serta boleh disapu ditempat luka
2. Bioseed - untuk mencuci usus, dibancuh minum waktu pagi sebelum sarapan
3. Pencuci Luka
4. Pembalut Luka
CARA DAN MASA MEMBERSIH LUKA
1. Perkara pertama ialah bagaima untuk solat. Cara Pak Andak ialah cuci tiga (3) kali sehari.
2. Masanya ialah pada jam 4.00 petang, jam 7.00 malam dan jam 5.30 pagi.
3. Waktu sesuai untuk sementara bagi Pak Andak untuk tunai solat tanpa tungu lama antara waktu. Lepas ambil wudhuk terus cuci tempat luka dan terus solat Zohor, tak lama pastu tunggu masuk solat Asar. Begitulah nanti masa ambil wudhuk dan terus cuci lagi untuk solat Maghrib dan disusuli solat Isyak. Pagi sebelum solat Subuh, ambil wudhuk cuci lagi. Jadi alhamdulillah, solat dapat kita tunaikan.
3. Dalam masa yang sama Pak Andak mendapatkan pemeriksaan di Kedai Famasi yang ada menyediakan pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Buatlah dua (2) hari sekali. bayarannya pun dalam RM5.00. Bebeza mungkin kalau kita buat pemeriksaan di klinik-klinik swasta. Kalau mampu beli sahaja alat ujian darah yang berharga dalam RM100.
ALAT UJI GULA
DALAM DARAH
CARA PEMAKANAN PAK ANDAK
4. Pasal makan, Pak Andank terus pantang makan nasi. banyakkan makan sayur-sayuran dan ikan. Kalau boleh makan oat yang asli (ada jual dalam peket harga RM5.90) campur dengan susu yang tidak ada gula. Pak Andak ambil susu kambing. Di Famasi ada jual dalam kadar RM35.
OAT ASLI DAN
SUSU KAMBING
5.Alhamdulillah, gula dalam darah turun dari 16 kepada bacaan 7 dalam seminggu. Masa itu ambil juga pil diabetes dalam seminggu. Lepas bacaan antara 7 atau 8, Pak Andak dah terus tak makan pil itu.
PERIA KATAK ROTI DAN TENGGIRI BUAH KURMA
DIBLAND MASAK SINGGANG
6. Selain itu sediakan juga buah korma, kerana ada ketika kita akan rasa seperti tidak bermaya kerana kekurangan gula. jadikan buah kurma sebagai makanan tambahan. Itu sahaja. Banyakkan minum air kosong.
JADUAL MAKAN
7. Bangun pagi sebelum Subuh, ambil wudhuk dan cuci tempat luka. Sementara menunggu waktu subuh, banyakkan istighfar dan doa. sambil bancuh sebungkus Bioseed dengan air kosong dan terus minum. Tujuannya untuk membantu mencuci usus dan mengenyak toksid dalam badan.
8. Jam 7.00 pagi bancuh 4 ke 5 sudu besar oat beserta 3 sudu susu kambing dan dua keping roti gandum/jagung. Insya Allah sehingga jam 11.00 pagi badan masih bertenaga. Kalau lapar dan tak bermaya bancuh lagi oat dan susu seperti pagi tadi. Elok ditambah dengan makan 4 ke 5 biji kurma, sebagai ganti gula untuk tambah tenaga dalam badan. Insya Allah boleh tahan hingga jam 4.00 petang.
9. Untuk makan tengahari dan malam ialah masak sup ikan. Pak Andak masak ikan tenggiri secara masak singgang (mudah jer, tumbuk dua ulas bawang putih, tumbuk setengah inci kunyit hidup, masukkan dua keping asam keping dan sepotong ikan tenggiri, pastu rebuslah dengan garam secukup rasa). Makanlah dengan 2 keping roti. Kalau rajin masak sup bayam pun boleh. Makan malam ialah sebem jam 7.00 malam. Sebelum tidur minum susu kambing dalam 3 sudu besar bancuhan. Tidurlah sebelum jam 10.00. Pak Andak tidur lepas Isyak dalam jam 9.00 malam.
CARA CUCI LUKA
10.Ini alat dan cara mencuci mengiku kesesuan dan keadaan luka yang dialami.
PENCUCI SODIUM BOTOL KAPAS, PEMBALUT
CHLORIDE SPRAY DAN SELOTAPE
Cara untuk mencuci mudah sahaja, selesai ambil wudhuk untuk setiap kali nal solat terus cuci dengan mengunakan spray, kapas dan kemudian balut. Apabila agak kering kulit ditempat luka, sapukan sedikit gel gamat di atas luka tadi.
KESIMPULAN
1. Jangan putus asa untuk terus berikhtiar dan berdoa kepada Allah SWT memohon kesembuhan, supaya dengan kesihatan tubuh badan yang sihat dapat kita mengerjakan ibadah lebih sempurna. Itu niat Pak Andak.
2. Kalau dapat lakukan setiap hari pemeriksaan di Famasi untuk tahu kadar gula dalam darah. Kalau ada alat sendiri lagi mudah. Tujuannya untuk kita tahu apakah perbezaan bacaan gula dalam darah dengan amalan pengambilan makan pada hari itu. Contoh jika kita mengambil makanan yang bergoreng, ia ada sumber minyak yang menjadi punca kepada bertambah bacaan kadar gula dalam darah. Minyak akan bertukar menjadi gula.
3. Penyakit yang berpunca daripada diabetes ini amat berkait rapat dengan kadar gula dalam badan. Semakin tinggi kadar gula, luka lambat sembuh. Sebab itu, Pak Andak tambah lagi dengan meminum jus peria katak yang diblender tiga (3) kali sehari, pagi , tengahari dan malam. Apabila kadar gula dalam darah bacaannya antara 6 ke 9, proses kesembuhan melalui pengambilan gamat akan lebih cepat kering dan saraf mungkin dapat dihidupkan lebih cepat lagi. Itu yang Pak Andak dapat rasakan perubahannya.
4.Pak Andak rasa boleh juga kalau sesiapa nak cuba mengambil minuman lain untuk sepanjang hari seperti mengambil minum air rendaman teh hijau, misai kucing dan sebagainya. Yang penting niatkan yang kita sedang berikhtiar mencari kesembuhan. Selain itu tak salah Pak Andak rasa makanan yang dimasak tu, elok cara rebus, kukus atau panggang, jika teringin sangat sekali sekali, itupun dalam jumlah sedikit sekadar teringin, maklumlah....selera kan..
5.Jadi, inilah sahaja perkongsian, pengalaman Pak Andak dalam mengubati diabetes dalam tempoh tiga (3) minggu, Insya Allah dengan izinNya jua. Apapun Pak Andak rasa, orang lain mungkin ada caranya yang tersendiri dalam bab cara pengambilan ubat, makan dan mencuci ini. Bolehlah call-call Pak Andak jika ingin tahu lebih ditil melalui perbualan telefon agaknya. Terima kasih atas kesudian membaca dan mohon maaf jika ada kandungan tulisan ini tidak sesuai dan kurang menyenangkan...





















Makhluk Allah SWT bernama gamat...
Antara komponen gamat adalah;
• Mukopolisakarida sulfat (sebahagian besarnya chondroitin sulfat). Chondroitin sulfat, yang mengandungi glucosaminoglycans (GAGs) mempunyai kesan yang baik dalam merawat osteoartritis dan lapik saluran usus. Ia juga satu komponen penting dasar membran di bawah kulit. Glucosamine sulfat juga adalah berkesan dalam memulihkan kecederaan.
• Chondroitin sulfat adalah satu juzuk penting rawan, yang memberi struktur, menampung air dan khasiat serta membenarkan molekul lain melalui rawan – satu sifat yang penting kerana tiada bekalan darah yang sampai ke rawan.
• Satu kajian di Universiti Queensland terhadap gamat menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai satu anti keradangan dan membantu dalam pembinaan semula sendi artritis. Satu lagi kajian oleh Dr. Mitchell Kurk, Pengarah Perubatan Pusat Pencergasan Semula Bioperubatan di Lawrence, New York, menunjukkan satu pemulihan sebanyak 70% dalam pesakit artritis daripada penggunaan gamat.
• Protein, vitamin A & C, riboflavin, niasin, kalsium, besi, magnesium, zink, natrium dan karbohidrat.
• Saponin (glycoside pain basi), yang berstruktur sama dengan Ganoderma, ginseng dan herba tonik yang terkenal lain. Saponin mempunyai sifat anti-kanser.
• Mengandungi asid lemak sama yang terkandung dalam minyak ikan yang memberi khasiat kepada otak dan jantung, seperti EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) yang unik dalam ikan.
• Lectin, satu bentuk gula dengan aktiviti anti-kanser daripada Holothuria spp. Ia juga mempunyai kesan terapi terhadap HIV.
Kajian terhadap gamat menunjukkan bahawa ia mengandungi faktor tumbesaran sel yang merangsang penghasilan sel baru dan berkesan dalam memulihkan kecederaan. Ia juga berkesan dalam merawat perdarahan dalaman seperti ulser gaster dan peptik. Dengan begitu banyak khasiat yang terkandung dalam gamat, tidak hairanlah ia dikenali dengan begitu banyak nama. Ia juga dikatakan penuh dengan kebaikan kerana ia mempunyai banyak fungsi yang memberikan kesihatan kepada pengguna.
Gamat semakin terkenal kerana lebih ramai pengguna di serata dunia mula menyedari akan kebaikannya, yang bukan hanya jelas daripada banyak testimoni daripada pengguna, tetapi juga kajian kesihatan dan makmal yang dijalankan oleh penyelidik.
Sumber: http://www.perfect100.com.my





